About EMAMIR

Sebagai seorang yang berpengalaman dan pakar dalam bidang solekan dan kecantikan , Ema Amir telah melahirkan ramai jurusolek yang telah berjaya dan terkenal seperti  Nurul Shukor,  Razlan , Hanis, Bani , Amm dan Ramai Lagi.

Hasil Sentuhannya juga sering terpapar di muka depan majalah dan ruangan fesyen. Ramai di kalangan model-model terkenal dan artis-artis terkemuka yang emar dengan sentuhannya. Diantaranya ialah Fauziah Latiff , Ratu Rock Ella, Shafinaz, aktres  Vanida Imran, Supermodel Tengku Azura dan Ramai lagi.


PETIKAN PROFIL : NASKAH DIREKTORI PERKAHWINAN TERBITAN UTUSAN KARYA

 Golongan wanita bangsawan atau Kerabat Diraja amat menggemari sentuhan seni jurusolek EMA AMIR sehingga beliau mendapat nama jolokan Jurusolek Diraja.
Minat melukis yang diterjemahkan menerusi solekan kalangan kawan-kawan digilap sejak di bangku sekolah di Johor Bahru.
Pada usia belasan tahun, EMA sudah menyolek pengantin sebelumberpindah ke Kuala Lumpur lalu membuka salun kecantikan G40 (nama lot salun) yang terkenal di kalangan wanita bergaya termasuk golongan artis dan peragawati sekitar 1980-an. Salunnya boleh dianggap 'pusat latihan jurusolek' sehingga melahirkan barisan jurusolek yang terkenal hari ini seperti NURUL SHUKOR ,BANI dan AM.

EMA berpegang pada konsep solekan bersih, kemas, lagi berseri bagai puteri. EMA percaya bulu kening yang kemas dan mempunyai bentuk menarik mampu menyerlahkan kecantikan semulajadi seseorang wanita.

Followers